Text
Hukuman dalam undang-undang islam : suatu penelitian terhadap hukum hudud kelantan dan terengganu
Dari kajiannya, Mohammad Hashim Kamali mendapati bahawa mazhab-mazhab fiqh ulung hanya menekankan aspek-aspek hukum hudud di dalam Quran yang berbentuk hukuman dan penghindaran, tetapi mengabaikan aspek pemahaman terhadap pembaikan diri dan taubat. Ulama-ulama terdahulu lebih cenderung untuk melaksanakan hukuman-hukuman keras, lalu tidak mampu merealisasikan hasrat al-Quran yang menganjur pemulihan semula dan taubat. Ketidakupayaan ini mungkin berlaku kerana pelaksanaan menyeluruh kehendak al-Quran memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi, sedangkan kerajaan pada masa itu mungkin tidak mempunyai sumber dan pakar-pakar yang mencukupi. Oleh kerana kerajaan pada masa ini mempunyai sumber yang mencukupi; maka sudah tiba masanya untuk melaksanakan hukum-hakam dan kehendak al-Quran secara menyeluruh supaya kita tidak melaksanakan hanya sebahagian dari kehendak hudud al-Quran – yang setakat ini hanya diterampilkan sebagai sesuatu yang begitu keras dan ketat. Setelah menjalankan kajian, beliau membuat rumusan bahawa Rang Hudud Kelantan adalah hasil taqlid buta yang gagal mengambilkira hakikat masyarakat semasa serta gagal membuat perubahan-perubahan sesuai pada beberapa penggubalan fiqh di zaman-zaman pra-moden.
KP.III.000164 | KP.III KAM h | My Library | Available |
No other version available